Thursday, December 24, 2009

MIPA 2009 DI AKRINE

SEDIKIT KENANGAN DI MIPA 2009

Sedang berehat di Klinik Rawatan AKRINE yang baru siap. memang sesuai
warna HIJAU tu Ust Majid.

Ust Wan Asrul dari TIAF sedang menyampaikan amanat dan nasihat kepada para Muallij (sesi perkongsian pengalaman)



Al Fadhil Ust Majid, Pengasas AKRINE sedang memberi amanat beliau kepada semua Muallij. Moga-moga mendapat bimbingan selanjutnya dari beliau.


Alhamdulillah akhirnya ana berjumpa juga dengan Ust Wan Asrul dari TIAF. Seorang Muallij yang berpengalaman dan banyak ilmu di dada.
(Posted by: Wan RAINS)

Saturday, December 12, 2009

RIADOH PERNAFASAN DI SUNGAI RELAU, MERAPOH



Alhamdulillah pagi ni ana & Wan telah pergi beriadoh di Sungai Relau, Merapoh yang merupakan pintu masuk ke Taman Negara. Beberapa aktiviti telah kami lakukan, antaranya melihat orang bagi makan ikan kelah...


Seterusnya aktiviti menjelajah denai menyusuri Lata Serigala...



Tafakkur & bermain-main dengan energy alami...

Selain dari itu kami juga ada berlatih meningkatkan pancaindera keenam, melihat & merasai energy alam, mengasah teknik scan menggunakan tapak tangan, mata batin & juga gerak hati. Ana bersyukur kerana diberi kesempatan oleh ALLAH s.w.t. mendapat tunjuk ajar & bimbingan dari saudara Wan yang banyak pengalaman dalam kaedah-kaedah ini. Kesimpulannya suatu riadoh yang bermanfaat & menarik....Cuti-cuti Malaysia....he...he...

Oh..ye lupa...last skali mandi...mau tak mandi....fuh sejuknya air....

ZIARAH GERAK HAQ

Semalam ana & Wan berkesempatan menziarahi saudara Saiful Gerak Haq. Kami bertandang ke rumahnya lebih kurang pukul lima lebih. Sesampai di sana...rupanya Abang Mie & Pak Ya dah sampai dulu. Fuh laju betul diorang nih.

Alhamdulillah, banyak perkara yang sempat kami muzakarahkan. Yela..ana yang masih setahun jagung dalam ilmu perubatan tentulah banyak lagi yang perlu & kena belajar...kalu nak pergi lebih jauh la.
Ana & Wan sempat mendapat ijazah amalan Gerak Haq dari saudara Saiful. Abang Mie...dia advance dah jazam dah tahap asas, tapi nasihatnya kayuh pelan-pelan...jangan lorat. Selain dari tu dengan kemurahan hati saudara Saiful (rizki minallah), dia bagi lagi beberapa amalan untuk kami. Mungkin berkat Wan ni...ana pun dapat tumpang sekaki, alhamdulillah.
Ana sangat bersyukur ke hadrat ilahi kerana kesudian Wan untuk bertandang ke rumah ana di Merapoh. Suatu yang telah lama ana & Abang Mie nantikan. Ni ada peluang ni ana nak ajak Wan pergi ke Sungai Relau...pintu masuk ke Taman Negara melalui Merapoh ni. Nak naik Gunung Tahan pun boleh ikut sini. He..he..nak tafakur kat sana jap sambil menyerap energy alam & meni'mati keindahan ciptaan ALLAH s.w.t. ...oh...tak lupa main air juga.

Friday, December 11, 2009

PERINGATAN & TEGURAN ALLAH MELALUI PESAKIT-PART 3

Hari Selasa, ana dapat sms dari Ustaz CEO sekali lagi. Beliau tanya bila ana & Wan dapat merawatnya (susulan) & clearkan rumahnya pula.
Oh ye...malam semalam selepas rawatan Wan ada maklumkan yang rumah Ustaz tu ada banyak dark forces, bahkan Wan ada nampak satu...macam pontianak. Kalau ikutkan Wan tak nak cerita, "Kita kauk jah, tak payoh royak ko Ustaz tu." Bukan apa Wan takut jadi apa-apa yang tak diingini/fitnah. Perkara ini diceritakan pun sebab Ustaz tu beria tanya kat rumahnya macamana. Mungkin Ustaz tu teruja bila kami buat kaedah TKM padanya. Maklumlah dia kira join sama kitaorang dalam clearkan premis perniagaannya. Katanya sebelum ni dia pergi mendapatkan rawatan, dia hanya duduk je...perawat tulah yang berpeluh-pela. Macam malam semalam semua berpeluh. Mungkin dia nak tengok apa yang ada kat rumah dia pulak.
Ana cakap yang ana nak ke Merapoh, lusa ana bertugas. Pelajar-pelajar ana ada paper Lukisan Kejuruteraan (SPM). Jadi ana bertanggungjawab pastikan diaorang semua bersedia sebelum masuk dewan. Oleh tu Ustaz tu minta ana datang malam tu jugak. Fuh tiga malam berturut-turut, ana no problem Wan macamana pulak. Ana dengan malunya call Wan maklumkan permintaan Ustaz tu. Bukan apa ana kesian kat Wan, dia masa tu sibuk buat kerja audit kat Tanah Merah, outs-station. Tapi macam biasa, Wan sanggup & sedia. Ana respect sungguh kat Wan, sanggup berkorban nak bantu & tolong orang, satu semangat yang sebenarnya dah luntur dari diri ana. Mungkin ALLAH s.w.t. nak tunjuk kat ana sebagai pengajaran.
So ringkas cerita malam tu kami berjumpa di Masjid Muhammadi, setelah solat Isya', kami pergi "mengisi" sikit. Pas tu kami bertolak ke rumah Ustaz tu di Kubang Krian. Sampai sana lebih kurang pukul 9:45 malam. Ustaz kelihatan lebih bertenaga & cakapnya pun semakin lancar. Berbeza dengan kali pertama kami lihat dia. Banyak benda yang dia maklumkan pada kami, detail gak lah. Antaranya perubahan positif yang semakin dirasainya.
Untuk tak membuang masa Wan terus jalankan tugasnya. Ana just bantu gitu-gitu je. Bantu ke...menyibuk ke...tak taulah....he..he...Tapi Wan kata dah ada perubahan. The dark forces are not as strong as before. Ana agak doh..ni mesti Wan dah kaut sebelum ni. Walaumacamanapun kami teruskan dengan kaedah kaut-buang & pagar.
Setelah clear, muzakarah disambung lagi. Kali ni Ustaz tu cerita sedikit pengalaman dia sebagai perawat kat Jordan dulu (macam refresh balik dia punya pengetahuan), kemudian katanya kami rukyah jelas bacaannya, walaupun rukyah kami pendek & hanya ayat-ayat yang lazim dibaca orang ramai. Nak buat macamana, kami ni bukan ustaz...setakat mana yang hafal & tau je lah. Wan selalu cakap kat ana, "Cikgu Din, kito wak stakak kita mampu & buleh jah. ALLAH s.w.t. yang menyembuhkan. Orang lain yang wak & guno kaedoh hebak-hebak tu biarlah, doh dio buleh, nok wak guano. Apo-apo pun semua nga izin ALLAH s.w.t. belako. Kito cari & tamboh lagi ilmu, insyallah. Pelan-pelan kayuh sheikh..."
Satu perkara yang ana tengok menarik perhatian Wan adakah kata-kata Ustaz tu, "Guru ana kata, berkesan tak berkesannya bacaan ayat seseorang tu boleh diibaratkan seumpama pedang yang berada di tangan seorang budak kecil & yang berada di tangan seorang dewasa. Pedang tu tetap pedang, tajam, tapi tidak mampu mendatangkan manfaatnya bila duduk pada budak kecil, bahkan mungkin mendatangkan mudharat pula, tapi yang kat tangan orang dewasa tu, pedang tu boleh digunakan untuk pelbagai perkara, melindungi diri, bahkan menetak musuh. Begitu juga anta berdua, bacaan rukyah anta pendek & ayat-ayat yang biasa dibaca juga oleh orang lain, tapi anta berdua baca jadi & orang lain baca biasa je." Wallahu aálam Ustaz kami serah benda tu pada ALLAH s.w.t.
Ana malu sendiri je dengar apa yang Ustaz syarah malam tu...yela pendosa macam ana ni...ish layak ke semua tu...risau takut jadi istidroj je...Ya ALLAH...ana maklum Ya ALLAH. Mungkin satu lagi teguran dari ALLAH melalui lisan Ustaz tu buat diri ana utamanya.
Kemudian sambung Ustaz tu lagi, bila ALLAH s.w.t. telah mengurniakan seseorang tu dengan suatu kemahiran atau keilmuan tentang ilmu perubatan, maka menjadi kewajipannya (fardhu ain) menolong orang setakat ilmu yang dia ada & kemampuannya sekiranya ada pesakit yang memerlukan rawatan. Ustaz tu menegaskan perkara ni beberapa kali. Bahkan Ustaz juga memaklumkan bahawa kekadang perlu seseorang perawat tu iklankan atau dedahkan kemahirannya supaya orang ramai tahu. Kat sini masyarakat Islam tak sepatutnya bersangka buruk kepada perawat yang mengiklankan rawatannya atau menceritakan keupayaannya dengan mengatakan berlagak, menunjuk-nunjuk, riak & seumpamanya kerana masalah hati kita tak tahu. Maka bersangka baiklah & sepatutnya kita masyarakat Islam memberikan lagi dorongan & sokongan..kerana siapa lagi yang akan memertabatkan ilmu perubatan Islam kalau bukan orang Islam sendiri. Terdiam ana... "Apa lagi ingatan yang hendak disampaikan oleh ALLAH s.w.t. kepadaku..." kata hati ana.
Bila menyentuh bab hati, Ustaz mengingatkan kami pula dengan salah satu fitnah yang cukup besar bagi seorang perawat, iaitu sifat ria' & ujub sebagaimana yang pernah dinasihati oleh gurunya dulu. Ceritanya lagi, gurunya mensyaratkan muridnya untuk tidak menerima sebarang bayaran selama lima tahun dalam memberikan khidmat bakti sebagai mualij demi untuk menguju keikhlasan muridnya dalam memberikan rawatan kepada masyarakat. Lima tahun beb...menengung ana & Wan. Memang ikhlas betul kalu boleh buat macam tu...tak gitu rakan perawat sekalian..? Tapi setelah pelbagai kesukaran & pertimbangan yang lebih rasional, guru kepada Ustaz tadi telah kurangkan syaratnya kepada tiga tahun je...tiga tahun tu...untuk mewujudkan keikhlasan dalam merawat. Mujahadah...mujahadah... Sekali lagi hati ana terpukul dengan ingatan ikhlas Ustaz tadi. Masyallah...adakah aku dah capai keikhlasan dalam merawat..? Baru setahun merawat secara aktif...tu tak tolak lagi dengan berhenti rehat & sebagainya.
Begitulah sedikit sebanyak pengajaran & nasihat yang ana ingat dari Ustaz yang menjadi pesakit kami & dalam masa yang sama menasihati kami yang masih mentah lagi dalam dunia perawatan ini, terutamanya ana. Wallahu aálam bissawab.

Thursday, December 10, 2009

PERINGATAN & TEGURAN ALLAH MELALUI PESAKIT-PART 2

Sambungan dari kisah sebelumnya, masa kami merawat pesakit, kami dapat rasakan yang pejabat & premis syarikatnya juga telah disihir. Mengikut Wan, banyak "makhluk asing" kat situ yang menyakat CEO & juga bisnessnya. Ustaz tersebut minta khidmat kami untuk membersihkan premis tersebut dari segala anasir jahat yang wujud.
So malam Selasanya pulak kami telah ke premis tersebut selepas Isya'. Di sana ada seorang jaga yang bertugas. Oleh kerana ustaz tu lambat sikit jadi kami dibenarkan masuk awal sikit untuk buat apa-apa yang patut.
Setelah ustaz sampai, kami telah meronda dalam premis tersebut bagi mengenal-pasti tempat-tempat yang bermasalah. Dari banyak-banyak tempat ada 2 yang terasa sangat, iaitu dewan kursusnya & juga bilik bos. Patutla ustaz tu kata dia tak leh dok lama kat dua tempat ni, jadi lemah badan, sakit kepala, lidah pun jadi kelu & sebagainya.
Jadi kami memulakan operasi dengan memohon pertolongan dari ALLAH s.w.t. dengan solat hajat kat dalam bilik CEO tersebut beserta nga ustaz sekali. Sesudah tu ana rukyah air & garam yang di bawa ustaz untuk kegunaan pembersihan & pagar. Wan pula...macam biasa...
Setelah tu sekali lagi kami menggunakan kaedah TKM pada ustaz tersebut. Kali ni Wan yang handle...ana menyibuk je. TKM bermula dengan ustaz berdiri di depan pintu untuk naik tangga ke tingkat satu premis tersebut. Alhamdulillah kali ni ustaz tersebut nampak tangganya...tapi kemudian katanya ada makhluk kat atas tangga tersebut. Makhluk tersebut telah menghalang ustaz tersebut dari naik ke atas, bahkan untuk mendongakkan kepalanya pun tak dapat. Bulu roma ustaz meremang & kepalanya sakit serta-merta. Wan terus bertindak dengan menjurus & menarik-buang entiti negatif tersebut. Alhamdulillah...ustaz tersebut dapat mendongakkan kepalanya & menaiki kawasan tangga tersebut, dah clear katanya.
Setelah sampai kat depan pintu untuk masuk ke bahagian kaunter, reaksi sama sekali lagi berlaku pada ustaz tersebut. Katanya ada makhluk kat sebelah kaunter. Ana & Wan bom & tari-buang. Alhamdulillah clear. Kemudiannya kami sama-sama memagar ruangan tersebut mengunakan kaedah Kapsul Cahaya. Kembara diteruskan lagi ke rungan pentadbiran yang bersetentang dengan bahagian kaunter. Salah satu bilik dalam ruangan ini didapati ada objek yang pelik. So kaedah bom, tarik-buang dan Kapsul Cahaya digunakan.
Kemudiannya ustaz tersebut cuba untuk naik ke tingkat 2, tapi sekali lagi dia nampak ada makhluk yang menghalang di atas tangga tersebut. Ish...macam main game la pulak...satu stage ke satu stage dengan musuh-musuh & cabaran yang tertentu. Jadi ana suruh ustaz tu tadah tangan & bagi senjata kat dia. Ana kata; "Kalu ustaz napok makhluk ko...objek ko...cahayo ko...lepar jah, niat bagi hancur (macae orae melontar jumrah maso haji...he..he...sekarang kan jemaah sudah beransur pulang)." Senang kerja...jadi ustaz tersebut pun membuat lontaran sambil bertakbir. Bila makhluk tu dah hilang, beliau pun meneruskan perjalanannya naik tangga ke tingkat 2.
Bila sampai depan pintu dewan kursus, Wan bawa ustaz masuk. Ustaz kata kat belakang dewan nampak suram & bahagian stage kat depan tak nampak langsung gelap. He..he...nampaknya something really bad is hiding inside this darkness. Tak tahu apa yang Wan nampak, tapi dia suruh ustaz tu abaikan dulu dewan tu dan terus naik ke tingkat 3, tingkat teratas di mana bertempatnya bilik ustaz CEO tu. Ana tanya gak apsal tak clearkan terus. Wan kata; "Kita attack dia punya bos dulu, yang hanya-hanya kemudian. Bos penyangak dok kat atas, dalam bilik CEO." Ini dah betul-betul bos ni. Keluar je dewan...ustaz terus takbir & buat lontaran. Katanya ada makhluk yang cuba halang dia dari naik ke tingkat atas tersebut. Fuh...nasib baik tak kena ana hayunan ustaz tersebut..ana dok belah kanan dia. Yela...tiba-tiba je melontar. Ustaz pun kelihatan semakin bersemangat. Mana taknya...penyangak-penyangak ni dah sakitkan dia & cuba memusnahkan businessnya.
Dan akhirnya ustaz berada di tingkat atas sekali. Bila masuk je ke dalam bahagian ni...ish...suspen sungguh...dia kata dia nampak sesuatu. Ana tanya, "Gapo ustaz napok? Makhluk ko, objek ko atau cahayo?" Dia kata nampak ada 3 orang, 2 dia kenal, staff dia & satu lagi tu ntah sape. Wan suruh ustaz tu perintah semua keluar. 2 orang staff tu keluar tapi yang sorang lagi tu buat bodoh je. Apa lagi ustaz tu terus melontar. Setelah clear...ustaz pun bergerak ke depan pintu masuk ke biliknya.
Ana agak gedebar...suspen la pulak. Wan kata kepala penyangak duduk dalam bilik tu. Bila ustaz tu buka je pintu biliknya tu.... Katanya; "Sheikh, ana tak nampak bilik ana sheikh." Ana pandang Wan, nampaknya jin sihir tu dah blok bilik tersebut. Ana & Wan terus buat apa yang patut. Seketika kemudian Ustaz tu kata dia dah nampak bahagian sofa dalam bilik tu. Ada makhluk kat atas sofa katanya. Ana terus ikat, tarik & buang. Lepas tu Wan minta ustaz tu tengok pada kerusi kat mejanya. Ustaz tu kata dia nampak dirinya sendiri yang duduk kat kerusi tersebut. Ustaz confuse. "Saya nampak saya kat kerusi tu sheikh." Wan suruh ustaz tu tengok betul-betul, tengok pada matanya. Wan suruh ustaz doa agar ALLAh s.w.t. tunjuk rupa sebenar makhluk yang menyerupai ustaz CEO tersebut. Tiba-tiba dengan laungak takbir yang kuat, begegar bilik tu...terkejut kami. Ustaz tersebut membuat balingan bertubi-tubi, berlainan dengan balingan yang sebelumnya. Dalam hati ana, apa la yang ustaz tu nampak sehingga bergegar biliknya dengan laungan takbir yang kuat & balingan yang begitu bersungguh-sungguh. "Apo ustaz napok?" Ustaz, "Ana napok muko huduh, bertanduk (macam kerbau) & mata merah menyala." Patut pun kata ana dalam hati.
Setelah semuanya clear kami buat pagar. Kami balik lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Kesian Wan, esoknya kerja...kat Tanah Merah pulak tu, out-station.

PERINGATAN & TEGURAN ALLAH MELALUI PESAKIT-PART 1

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah....dengan izin Allah s.w.t. dapat juga ana meneruskan perkongsian sedikit pengalaman ana setelah lama senyap tanpa berita...he...he...maaf bebanyak.

Setelah lama berehat (dari merawat)...hari Ahad baru ni ana mendapat call dari seorang CEO sebuah syarikat MLM. Katanya dia dapat no. handset ana dari blog guru ana AKRINE. Katanya ringkas & padat, dia telah disihir, wallahu aálam. Jadi dia sangat memerlukan bantuan ana untuk merawatnya. Kali terakhir dia mendapat rawatan dari seorang perawat tradisional dari Kelantan.

"Menengung" ana dibuatnya. Yelah dah lama tak merawat orang...bahkan boleh dikatakan yang ana ni dah "pakai pakaian orang awam" dah. "Pakaian perawat/mualij ana dah sangkut simpan dah". Gitulah ibarat kata.

Walaubagaimanapun ana tak sampai hati nak menolak...yelah sedara seIslam yang sakit & memerlukan bantuan & pertolongan....takkan nak biar je. Kalu tak pun tolong recomend orang lain yang boleh merawat. Jadi ana contact Wan RAINS..he..he..macam biasalah. I'm really...really sorry Wan... Yelah kalu ana tak mampu...mungkin anta...insyallah anta boleh. Itulah yang bermain dalam minda ana. Alhamdulillah Wan bersedia.

Jadi sebagaimana yang telah dijanjikan, kami sampai ke rumah pesakit lebih kurang pukul 9:30 malam. Sesampai di rumah beliau, kami telah disambut dengan ramah walaupun keadaan pesakit kelihatan tidak bermaya. Pesakit kemudiannya telah menceritakan panjang lebar kronoligi sakitnya tu. Agak terperanjat gak kami bila pesakit memaklumkan yang beliau pernah belajar ilmu rawatan Islam masa belajar kat Jordan suatu masa dahulu dari Masyaikhnya yang merupakan seorang ulama' yang agak terkenal di sana. Bahkan beliau juga pernah merawat orang dengan bimbingan masyaikhnya tersebut. Beliau juga merupakan seorang ustaz.

Tercengang kami...masyallah ustaz rupanya...perawat otai pulak tu. Mungkin melihat kami tercengang...maka ustaz tersebut menyambung ceritanya. Katanya dia dah lama tinggal & tak mengunakan pengetahuan & ilmu merawatnya. Sejak balik Malaysia dia tak pernah guna pun ilmu rawatan yang dia pernah belajar dari masyaikhnya kat Jordan dulu. Patutla...tapi dalam hati, ana cukup terasa. Mungkin ALLAH s.w.t. nak ingatkan aku nih dengan lisan ustad ni. Bezanya aku baru je "sangkut pakaian perawat aku", ish...dah kena tegur! Ustaz tu dah bertahun-tahun.

"Astarghfirullah al-adzhim... astarghfirullah al-adzhim... astarghfirullah al-adzhim... Ya ALLAH...ampunilah aku....tapi aku rasa aku tak layak & tak mampu, apatah lagi dengan ilmu yang tak seberapa nih."

Langkah seterusnya kami memulakan rawatan dengan ana merukyah air & limau yang pesakit sediakan & setelah pesakit mandi limau, kami seterusnya menggunakan kaedah TKM. Tapi apa yang berlaku..ustaz tu tak dapat melihat dirinya sendiri...gelap katanya. Pandangannya kena blok dek makhluk yang menghuni badannya. Walaubagaimanapun dengan izin ALLAH s.w.t., Wan dapat lihat makhluk tersebut, rambut, mata & pakaiannya putih...macam pontianak la pulak. Dok dalam badan pesakit. Apa yang Wan buat, dia ikat & tarik-buang. Ana perhatikan Wan macam guna kaedah Lam Jalalah, wallahu aálam. Nampak gaya ni suatu kaedah & keilmuan baru yang Wan guna...he..he...boleh korek ni. Ana pulak buat apa yang mampu je, iaitu tarik-buang.

Setelah selesai rawatan, kami berbual-bual sikit. Antara perkara yang kita orang bincangkan adalah...sakit tu sebagai peringatan dari Allah s.w.t., mungkin Dia nak pesakit tu yang juga seorang ustaz & pernah menjadi mualij kembali mengamalkan apa yang pernah dia pelajari & amalkan suatu masa dahulu. Begitu juga ana, yang dah sangkut pakaian ni supaya kembali memakainya. He..he..malu pulak rasanya kena tegur dek ALLAH s.w.t. Suatu teguran yang cukup berhikmah melalui lisan seorang ustaz buat diri ana.

Ustaz tu juga menegaskan bahawasanya menjadi fardhu ain atas kami (perawat) memberikan rawatan bila diperlukan. Pendek kata banyak gak la nasihat & peringatan yang berguna yang telah disampaikan oleh ustaz tu. Yela kongsi ilmu & pengalaman tak salah kan? Bahkan lagi banyak manfaat yang kami dapat. Pulak tu dia ustaz, banyak ilmunya...kami ni orang awam je. Apa yang membuat ana rasa lebih gembira ialah bila ustaz tu bersemangat kembali untuk mengamalkan ilmu rawatan Islam yang dia telah pelajari suatu masa dulu. Ana cakap yang kami ni sebagai pencetus je, lepas ni bolehlah ustaz buat sendiri. Tak kena gaya...boleh jugak merawat orang lain lak, insyallah.

Muzakarah tamat & kami balik lebih kurang pukul 12:00 tengah malam. Kesian Wan, esoknya dia kerja. Rasa bersalah lak. Mudahan ALLAH s.w.t. memberikan ganjaran yang setimpal buatnya yang sanggup bersusah payah membantu sesama muslim, amin.

Friday, November 20, 2009

SAKIT MATA (CONJUNCTIVITIS)

Ah...dah masuk 5 hari dah ana sakit mata (conjunctivitis). Seminggu akhir ni nampaknya Allah s.w.t. dah bagi ana rehat & cuti sekolah awal. Walaumacamana pun nampaknya dah banyak perubahan positifnya, bengkak dah hilang...radangnya pun dah surut. Masih agak kemerahan..., tapi beransur baik...alhamdulillah.
Conjunctivitis adalah radang selaput lendir yang menyelaputi mata putih dan bahagian dalam kelopak mata. Ianya biasa menjangkiti kedua-dua belah mata dalam suatu masa walaupun ianya mungkin bermula dengan sebelah mata. Macam ana kena mata kanan dulu, masuk hari kedua baru kena mata kiri & mata belah kanan ana lebih teruk berbanding dengan yang belah kiri.
Mengikut pakar perubatan secara umumnya ada 5 faktor yang menyebabkan conjunctivitis ni, seperti jangkitan bakteria, virus, chlamydial, alahan dan bahan kimia yang merengsakan. Macam kes ana ni kira jangkitan bakteria atau virus.
Penyakit ini biasa dihidapi oleh kebanyakkan orang, tidak serius tetapi tidak menyelesakan & merengsakan.
RAWATAN
Biasanya klinik akan bagi antibiotik dalam bentuk titisan atau cream. Ana dapat dua-dua sekali masa pergi ambik mc kat klinik Merapoh. Kajian yang di buat oleh pakar perubatan mendapati 64% pengidap akan sembuh dengan sendirinya dalam masa 5 hari. Kalu ambil antibiotik, proses kesembuhan akan menjadi lebih cepat, insyallah.
Itulah sedikit sebanyak maklumat yang ana rasa boleh dikongsikan tentang sakit mata ni. Setiap apa yang ALLAH s.w.t. bagi insyallah ada hikmahnya...tok gitu deh?

NURUSYIFA' ©Template Blogger Green by Dicas Blogger.

TOPO